Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera
Saya telah diberikan panduan untuk menghasilkan refleksi pertama untuk subjek SPPM 1013 - Telekomunikasi & Rangkaian oleh Dr Dayana dan perlu memberi komen/ulasan terhadap panduan yang diberi.
1. Apa yang saya mahu daripada kelas ini?
Tempoh pembelajaran yang efektif dan kondusif bagi seorang pelajar ialah selama 30 - 40 minit dan tempoh ini diaplikasikan dalam proses pengajaran & pembelajaran sekolah-sekolah di Malaysia. Oleh itu, tempoh yang panjang iaitu selama 3 jam dalam kelas ini perlu mempunyai suasana yang seimbang dan ceria supaya segala curahan ilmu dapat dimanfaatkan sebaiknya pada setiap minggu walaupun peringkat pengajian yang saya duduki kini ialah diperingkat tinggi.
2. Apa jangkaan/keperluan saya daripada kelas ini?
Perkembangan teknologi dalam dunia kini seolah "diluar kawalan". Boleh dikatakan setiap hari, manusia memperoleh pengetahuan tentang teknologi baru hasil inovasi pelbagai organisasi dalam pelbagai bidang. Oleh itu, saya bersama rakan-rakan berharap kami dapat didedahkan dengan perkembangan teknologi ini khususnya dalam bidang telekomunikasi & rangkaian daripada Dr Dayana sebaik mungkin.

3. Bagaimanakah kelas ini relevan kepada bidang pengajian saya?
Perkembangan teknologi kini mempengaruhi setiap aspek dalam kehidupan. Proses pembelajaran di institusi pendidikan seperti di sekolah & universiti telah mengadaptasi manfaat teknologi ini dalam pengajaran & pembelajaran dan telah dijadikan sebuah dasar dalam sektor pendidikan untuk dibangunkan oleh kerajaan Malaysia. Sebagai seorang pelajar dalam bidang pendidikan, saya perlu memperoleh sebanyak mungkin maklumat dan kemahiran yang terkini dalam kelas ini untuk diaplikasikan di sekolah sewaktu latihan mengajar atau sewaktu penempatan guru di sekolah.
4. Apakah pandangan saya berdasarkan kelas pertama subjek ini?
Pandangan umum saya ialah kelas ini akan lebih berfokus kepada bidang komunikasi yang memerlukan rangkaian (networking) dan akan memperhalusi komunikasi ke telekomunikasi yang pada awalnya saya menjangkakan kedua-duanya merupakan bidang/subjek yang sama
5. Apakah yang akan saya pelajari daripada kelas ini?
Sukar untuk saya nyatakan tentang apa yang akan saya pelajari dalam kelas ini memandangkan saya dan rakan-rakan baru menghadiri kelas ini untuk kali pertama namun saya harap sesuatu yang lebih daripada pembelajaran dalam subjek ini seperti sesuatu yang menyumbang kepada masyarakat atau negara dalam bidang telekomunikasi & rangkaian







0 comments:
Post a Comment