Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Untuk minggu ini topik pembelajaran yang diterangkan oleh Dr Dayana ialah jenis-jenis teknologi tanpa wayar yang terdapat dalam era teknologi kini. Seperti biasa, sebelum saya menerangkan tentang beberapa jenis teknologi tersebut, mari kita lihat dahulu pengenalan dan kegunaan teknologi tanpa wayar ini kepada pengguna
Pengenalan dan Kegunaan
- Isyarat teknologi tanpa wayar dalam bentuk gelombang radio (radiowave) digunakan untuk menghantar data tanpa menggunakan sebarang kabel
- Hampir keseluruhan peranti masa kini menggunakan metadologi ini dalam mewujudkan rangkaian dan komunikasi seperti yang dapat dilihat dalam penggunaan komputer riba, telefon bimbit dan penggunaan Global Positioning System (GPS)
Jenis - Jenis Rangkaian Teknologi Tanpa Wayar
1. Infrared
- Maklumat dihantar melalui pancaran cahaya dalam jarak yang pendek
- Maklumat tidak dihantar melalui gelombang
- Teknologi ini kurang digunakan kini kerana perkembangan teknologi rangkaian lain seperti Bluetooth dan Near Field Communication (NFC)
- Penggunaan teknologi ini dapat dilihat melalui penggunaan alat kawalan televisyen
- Kelajuan penghantaran maklumat bagi teknologi ini adalah sekitar 2400 bps - 4 Mbps
2. Wireless Local Area Networks (WLAN)
- Teknologi ini dapat dilihat melalui penggunaan internet tanpa wayar (Wi-Fi)
- Rangkaian ini tertakluk pada piawaian IEEE 802.11
- Teknologi ini tidak memerlukan peranti untuk menyambungkan kabel ke Access Point (AP) untuk mendapatkan rangkaian
- Ia juga memudahkan pengguna untuk mendapatkan rangkaian tidak kira dimana kedudukan pengguna selagi kawasan yang diduduki pengguna mempunyai AP tersebut.
![]() |
Contoh Dongle |
3. Broadband
- Merupakan satu kaedah penghantaran data melalui satu Access Point kepada peranti/komputer
- Dongle merupakan satu contoh alat yang membekalkan jaringan rangkaian apabila dipasangkan kepada komputer
- Kebanyakan syarikat telekomunikasi menawarkan pelbagai pakej plan internet melalui alat ini
- Kelajuan penghantaran data melalui alat ini melebihi sekitar 1.5Mbit/s dan mempunyai kelajuan frekuensi melebihi sekitar 1MHz
4. Bluetooth
- Teknologi ini membolehkan komunikasi mudah alih antara 2 peranti dalam jarak yang dekat
- Berbeza dengan Infrared, teknologi Bluetooth tidak akan terganggu sekiranya berlaku halangan antara 2 peranti ketika berkomunikasi
- Kamera digital, pencetak, telfon bimbit dan komputer riba merupakan contoh peranti yang mempunyai teknologi ini pada masa kini.
- Jarak untuk membolehkan teknologi ini digunakan adalah tidak melebihi 30 kaki
5. WiMax
- Secara praktikalnya, WiMax berfungsi sama seperti teknologi yang digunakan Wi-Fi
- Namun demikian teknologi WiMax meliputi kawasan yang luas untuk membekalkan rangkaian kepada komputer/peranti
- Rangkaian ini sesuai untuk dibangunkan di kawasan yang belum membangun kerana dapat menjimatkan kos pemasangan/bekalan rangkaian yang berskala kecil dan memerlukan pemasangan kabel
- Bagi pengguna yang tinggal berhampiran dengan pencawang atau AP WiMax, kelajuan maksima rangkaian dapat diperoleh
6. Rangkaian Telefon Mudah Alih
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjs8wCEi6jO4Xi22fFEiL6kwFsxYwrJOnDkg0ly5CjifgivnHEaBjE2YGILA_pyPymERN89-FZFTevYH_At_MDmxJV0znphvCgXCNSFiOEOqytHFqxZ0DWOw86SpHSZ5cRVaPNFlEL2bjUS/s320/11_MCI+-+Lead.jpg)
- Dalam generasi pertama, data dihantar dan diterima dalam bentuk analog
- Saiz peranti yang digunakan juga berskala besar dan berbentuk bata
- Rangkaian 2G memperlihatkan bagaimana data dapat diproses dalam bentuk digital seperti sistem pesanan ringkas (SMS), sistem pesanan multimedia (MMS), dan panggilan suara dibuat
- Bagi rangkaian 3G pula, ia membolehkan peranti bertindak sebagai komputer riba dimana rangkaian ini membolehkan pengguna melayari laman web, penggunaan GPS dan panggilan video namun dalam capaian yang perlahan dan boleh mengganggu kelancarannya
- Teknologi rangkaian 4G merupakan rangkaian paling pantas yang ada pada masa kini bagi pengguna telefon bimbit khususnya dengan penambahbaikan dari sudut kelajuan pemprosesan data
Berikut merupakan rangkuman kandungan kuliah pada minggu ini. Pada minggu hadapan, Dr Dayana akan memberi kuliah tentang Infrastruktur Internet. Terima kasih kerana sudi membaca dan meluangkan masa di blog ini. :)
0 comments:
Post a Comment