EVE - Wall-E Pembelajaran 2 - Data Komunikasi ~ SPPM 1013 - Telecommunication & Networking

Sunday, 6 March 2016

Pembelajaran 2 - Data Komunikasi

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Kuliah yang dijalankan oleh Dr Dayana pada 24 Februari yang lepas menerangkan topik Data Komunikasi. Berikut merupakan ilmu yang saya peroleh dan rangkuman kandungan kuliah tersebut:

1. Pengenalan:

  • Data: Data asal yang telah diproses, disusun, disimpan dan akan digunakan untuk mendapatkan maklumat
  • Data Komunikasi: Proses perubahan / memindahkan maklumat dalam bentuk data digital (binary) di antara dua atau lebih peranti yang menggunakan sistem penghantaran elektronik.
2. Jenis - Jenis Isyarat:

              Analog                                                                                                 Digital



                                                 
  • Analog:
    • Mempunyai 2 parameter
      • Frekuensi: Beberapa kitaran gelombang lengkap. Diukur dalam Hertz (Hz)
      • Amplitud: Ketinggian gelombang yang diukur dalam volt (V) atau desibel (dB)
  • Digital: 
    • Penghantaran gelombang elektrik atau data binari yang hanya mempunyai dua data, 0 dan 1
    • Isyarat digital perlu ditukar kepada isyarat analog untuk dihantar melalui pembekal rangkaian
Proses Penukaran Isyarat:

ANALOG > DIGITAL = MODULASI                          DIGITAL > ANALOG = DEMODULASI

3. Mod Penghantaran Data:

            Bersiri (Serial)                                                                               Selari (Parallel)





  • Selari (Parallel):
    • Data dihantar sekurang-kurangnya satu byte pada satu masa, setiap bit dalam byte mengambil jalan berasingan
    • 1 gabungan bit dihantar secara serentak dengan menggunakan garis berasingan bagi setiap bit
  • Bersiri (Serial):
    • Data yang dihantar oleh satu bit adalah satu demi satu pada satu siri laluan tunggal
    • Lebih perlahan berbanding penghantaran data selari
      • Transmisi Synchronus:

        • Data yang dihantar ke dalam blok yang dipanggil "rangka" atau kumpulan dan dipindahkan pada langkau yang tetap
        • Kedua-dua peranti menghantar dan menerima dikendalikan serentak dan digerakkan semula selepas setiap beberapa ribu isyarat data bit dihantar
      • Transmisi Asynchronus:
        • Digunakan apabila bit dibahagikan ke dalam kumpulan kecil (byte) dan hantar secara bebas.
        • Biasanya memerlukan "Bit mula" untuk memberi amaran kepada penerima data masuk dan "Bit henti" untuk menunjukkan akhir penghantaran.

      • Transmisi Isochronus:
        • Data dihantar pada masa yang sama dan data lain yang berkaitan untuk menyokong sesetengah aplikasi pada masa yang sama.




4. Aliran Pemindahan Data:
  • Simplex:
    • Komunikasi satu hala
    • Peranan pemancar dan penerima adalah tetap
    • Contoh: Radio
  • Half Duplex:
    • Bergerak dalam 2 arah tetapi tidak pada masa yang sama
    • Contoh: Walkie Talkie
  • Full Duplex:
    • Data bergerak dalam kedua-dua arah pada masa yang sama
    • Kedua-dua (Transmitter & Receiver) boleh menghantar dan menerima secara serentak
    • Contoh: Telefon
5. Pemampatan data (Data Compression):
  • Mengekod semula maklumat menggunakan kurang bit daripada asal.
  • Tidak mengubah kandungan data

Berikut adalah dapatan daripada kuliah pada minggu ini. Kuliah yang akan dijalankan oleh Dr Dayana pada minggu hadapan akan membincangkan topik Penyambungan Kepada Rangkaian. 

Terima Kasih






0 comments:

Post a Comment