EVE - Wall-E Pembelajaran 1 - Pengenalan Kepada Telekomunikasi ~ SPPM 1013 - Telecommunication & Networking

Saturday, 5 March 2016

Pembelajaran 1 - Pengenalan Kepada Telekomunikasi

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Pada 17 Februari yang lepas merupakan kuliah pertama untuk saya dan sahabat lain dalam subjek ini dan Dr Dayana telah memberikan kuliah pertama tentang Pengenalan Kepada Telekomunikasi

Sepanjang kuliah tersebut, saya dapat menyimpulkan beberapa perkara dalam topik ini antaranya:

1. Definisi Komunikasi: 
Penyampaian atau Pertukaran pandangan, mesej, idea, pengetahuan atau informasi melalui isyarat atau bunyi seperti ucapan, tulisan dan perlakuan

2. Proses Komunikasi:
Mempunyai 6 elemen dan dijadikan sebuah model komunikasi oleh Shannon-Weaver 1949:

  • Penyampai/Sumber (Encoder)
  • Mesej
  • Saluran
  • Penerima (Decoder)
  • Bunyi
  • Maklum balas
3. Definisi Telekomunikasi:
Pemindahan data (komunikasi) dari pemancar ke penerima melangkaui laluan tertentu. Data tersebut terhasil dalam bentuk tenaga Elektromagnetik seperti cahaya, tenaga elektrik, dan gelombang radio. Data ini disalurkan melalui medium seperti wayar, kabel dan atmosfera bumi. 

4. Elemen Teknologi Komputer & Telekomunikasi:
  • Manusia (Pengguna & Pencipta)
    • Professional: Individu/Kumpulan yang pakar dan mempunyai kemahiran khas dalam membangunkan sesuatu perkakasan atau aplikasi. Contoh: Programmer, Jurutera Komputer
    • Pengguna: Individu/Kumpulan yang menggunakan perkakasan/aplikasi tanpa latihan/kemahiran khas. Contoh: Guru, Kerani
  • Tatacara (Prosedur): Spesifikasi siri tindakan atau operasi yang perlu dilaksanakan dengan cara yang sama untuk mendapatkan keputusan yang sama dalam situasi yang dialami
  • Data/Informasi:
    • Data: Data asas yang akan digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam bentuk binary. Unit bagi sesebuah data ialah Bit. (8bit = 1 byte)
    • Informasi: Data yang telah digubal untuk mendapat hasil
  • Perkakasan:
    • Input (Papan kekunci, Mikrofon)
    • Proses (Motherboard, CPU)
    • Output (Speaker, Skrin monitor)
    • Simpanan/Storage (CD/DVD, Pendrive)
    • Komunikasi (Modem, Kad WIFI)
  • Perisian
    • Perisian sistem (windows, mac)
    • Perisian Aplikasi (winamp, adobe collection)
  • Komunikasi/Penyambungan: Proses penyampaian/pertukaran data
Berikut merupakan rangkuman bagi topik pada kuliah pertama. Dr Dayana akan menerangkan tentang Data Komunikasi pada kuliah kedua dan saya akan memberi ulasan dan rangkuman topik berikut pada post seterusnya. Beberapa istilah yang akan digunakan pada artikel ini dan akan datang boleh mengubah maksud atau pemahaman anda sebagai pembaca. Oleh itu, akan ada beberapa istilah yang akan saya gunakan dalam Bahasa Inggeris untuk mengekalkan pemahaman dan tidak mengubah maksud ayat pada post akan datang. Terima kasih


0 comments:

Post a Comment