Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Pada 30 Mac yang lalu, kami telah mengadakan lawatan kajian ke Makmal Digital Bahasa D, Universiti Teknologi Malaysia. Lawatan tersebut dijalankan untuk mengkaji segala sistem, jenis rangkaian digunakan dan reka bentuk dan pembangunan makmal tersebut dan akan dibentuk dalam satu laporan ilmiah dan pembentangan tentang apa yang kami perolehi daripada lawatan tersebut.
Makmal Digital Bahasa D07 digunakan sebagai tempat untuk mesyuarat, perbincangan kumpulan (MUET) dan ‘Public Speaking’. Makmal bahasa ini terbahagi kepada empat buah makmal iaitu makmal A,B,C, D dan E. Setiap makmal menggunakan Sanako Lab 300 kecuali makmal A dan B menggunakan Sanako 1200. Terdapat 37 buah komputer yang disediakan di dalam makmal bahasa D. Makmal in terletak bersebelahan dengan Blok C iaitu Blok Fakulti Pendidikan. Berikut disertakan beberapa gambar yang diperoleh daripada lawatan tersebut.
Laporan penuh dan slaid berkenaan lawatan ini boleh dilihat pada pautan ini:
Laporan & Slaid
Jutaan terima kasih diucapkan kepada juruteknik bertugas En Syed Alwi bin Sulaiman dengan penerangan dan bantuan yang diberikan dan kepada pensyarah kami Dr Noor Dayana binti Abdul Halim kerana telah mengaturkan lawatan ini
![]() |
| Sambungan Komputer Ke Server |
![]() |
| Plan Reka Bentuk Makmal |










0 comments:
Post a Comment