EVE - Wall-E "The Journey Of A Thousand Miles Begins With One Step - Lao Tzu" ~ SPPM 1013 - Telecommunication & Networking

Tuesday, 23 February 2016

"The Journey Of A Thousand Miles Begins With One Step - Lao Tzu"

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

Pada 17 Februari yang lepas, saya & rakan seperjuangan telah menghadiri kelas pertama untuk subjek SPPM 1013 - Telekomunikasi & Rangkaian untuk semester 2 bagi tahun pengajian 2015/2016 yang dikendalikan oleh pensyarah kami Dr Noor Dayana binti Abdul Halim.



Dalam kelas tersebut, kami diterangkan tentang pengenalan awal telekomunikasi dan sejarahnya, perkembangan dunia komputer, dan elemen yang ada dalam bidang telekomunikasi dan komputeran. Selain itu, kami diterangkan tentang perancangan kerja untuk kerja kursus bagi subjek ini dan salah satunya ialah mewujudkan laman blog untuk subjek ini yang perlu mengandungi refleksi kelas bagi setiap minggu dan maklumat tambahan tentang telekomunikasi dan rangkaian.

Suara lantang dan penceritaan semasa zaman universiti Dr Dayana memberi bayangan awal kepada saya bahawa kelas ini tidak akan menjadi bosan sepanjang semester ini.... :)





0 comments:

Post a Comment